Langkah Pertama

09 October 2012 0 komentar
Menyediakan diri untuk mula bekerja merupakan sesuatu yang amat merunsingkan. Tetapi segalanya harus juga dilalui kerana hidup memerlukan perubahan.

Setelah tamat 6 tahun menuntut di bumi Rusia, kini hatiku berazam untuk menabur khidmat bakti buat masyarakat. Ini perihal kerjaya, belum menyentuh soal tarbiyah yang lagi memerlukan keseriusan.

Sedikit sebanyak perkongsian ini, semoga dapat memberi gambaran jelas untuk sahabat semua. Inshaallah :)

Lapor Diri pada Penaja


Melapor diri pada badan penaja. Untuk pelajar MARA, tiada had tempoh bila melapor diri, tetapi untuk pelajar JPA, anda perlu melapor diri dalam masa sebulan setelah tiba di Malaysia.

Untuk melapor, sila bawa sekali :

- 3 salinan ijazah dalam bahasa Rusia
- 3 salinan ijazah dalam bahasa Inggeris
- 3 salinan transkripsi peperiksaan dalam bahasa Inggeris

(Semua salinan mestilah disahkan benar seperti dokumen asal oleh pegawai gred A)

Di pejabat MARA, anda dikehendaki mengisi 3 jenis borang:

- Borang Lapor Diri di Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) 
- Borang Tuntutan Elaun Akhir Pengajian (EAP) di BPP
- Borang Pengurangan Kredit di Bahagian Kawalan Kredit (bertentangan BPP)

Setiap borang mestilah dikepilkan dengan setiap salinan dokumen yang disediakan di atas. Makanya, setiap borang akan dikepilkan dengan 1 salinan ijazah dalam bahasa Rusia, 1 salinan ijazah dalam bahasa Inggeris dan 1 salinan transkripsi dalam bahasa Inggeris.




Medan MARA, Kuala Lumpur

Malaysian Medical Council

MMC terletak di Jalan Cenderasari, berdekatan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Tujuan anda ke MMC adalah untuk mendaftarkan diri dan mendapatkan Sijil Pendaftaran Sementara yang membolehkan anda bekerja sebagai HO.

Sebelum ke MMC, anda perlu buat beberapa perkara. Semuanya ada dijelaskan dengan lengkap di sini.

Setelah anda penuhi semua yang diperlukan, anda akan diminta menunggu sebentar dalam 15minit sebelum seorang pegawai akan menyerahkan sehelai surat iaitu Surat Pemohonan Pendaftaran Sementara.

Surat ini sangat penting kerana ia diperlukan untuk temuduga SPA, pendaftaran di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pendaftaran di kursus induksi dan ketika lapor diri pada Pengarah Hospital tempat anda ditempatkan.

Jadi, sediakan salinan surat ini secukupnya. Simpan yang asal sebaik-baiknya.

Alamat MMC:

Majlis Perubatan Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Block B, Ground Floor
Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur

Tel: 03-22628480


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sebelum ke KKM di Putrajaya, anda perlu mengisi borang maklumat diri (BMD) yang boleh dimuat turun di sini


Sediakan salinan dokumen-dokumen seperti di MMC yang telah disahkan. Jangan lupa untuk sertakan juga surat pendaftaran sementara yang anda perolehi daripada MMC.

Pergi ke KKM dan serahkan borang berserta salinan dokumen yang lengkap.

Alamat KKM:

Kementerian Kesihatan Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Unit Pengurusan dan Professional
Aras 9, Blok E7, Kompleks E
62590 Putrajaya

Tel: 03-88833888


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Untuk urusan dengan SPA, anda hanya perlu mengisi borang online ( Borang SPA8i). Layari laman SPA (http://www.spa.gov.my/Portal/ ) dan klik borang pemohonan pekerjaan dalam perkhidmatan awam SPA8i disebelah kiri anda.

Anda akan diminta mendaftarkan diri sebelum mengisi borang. Selesai mengisi, jangan lupa klik hantar.

Setelah 3 hari bekerja, anda boleh menghubungi SPA di talian 03-8885 6000 untuk menetapkan tarikh temuduga Pegawai Perubatan Gred UD41.

Anda akan dihubungi semula oleh pegawai SPA untuk dimaklumkan tentang tarikh temuduga. Atau jika perlu, anda boleh menghubungi mereka untuk kepastian.

Ingat tarikh, masa dan tempat temuduga anda!


Daftar akaun baru untuk mengisi borang SPA8i

Perkongsian tentang temuduga dan persiapan yang perlu di sini.

0 komentar:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Kelana Cinta Al-Farouq | TNB