Pernah beberapa masa lalu berbual-bual
dengan seorang sahabat ini. Seorang penulis yang menulis dengan aktifnya dalam
blog peribadi sendiri. Berbuallah kami pada hari itu sambil makan
biskut cokelat cicah teh chamomile. Slurrpps!
Aku pernah bertanya padanya, apa yang
menyebabkan dia selalu bersemangat untuk menulis? Bukan setakat
selalu, tapi terlalu semangat!
Em. Katanya, dia ikut pada suasana
sekitar... (Perbualan ketika itu terhenti sebentar, masing-masing cicah biskut
dalam air teh). Plup! Biskut ku tak sempat masuk mulut, tapi jatuh dulu dalam
air teh. Hihihi.
Lama sangat cicah tuh brother!. Eheh.
Betul, sebab lama sangat aku berfikir, suasana bagaimana menyebabkan dia ni
sentiasa bersemangat dalam menulis.
Aku akan boleh menulis, kalau aku
sendirian. Susah untuk dapatkan idea yang banyak kalau aku tinggal dengan orang
ramai. Aku tak boleh menulis, dalam keadaan orang lalu lalang disekeliling.
Benar-benar menculik perhatian. Aku tak boleh menulis, dalam keadaan aku disaji
dengan makanan ringan, mahupun yang berat. Aku hanya boleh menulis, kalau semua
tabs pada laptop ku ini di tutup, yang tinggal adalah ruang untuk aku menulis
sahaja. Aku tak boleh menulis kalau tiada cahaya lampu, bunyi jam berdetik pada
saatnya, atau bau sambal belacan digoreng hangit dari dapur jiran sebelah
rumah.
Huhhh. Terbelalaklah mata ini. Ohh. Inilah
dia, seorang penulis yang konsisten, hebat. Suasana betul-betul memainkan
peranan dalam hidupnya.
Okeyh. Cerita ini hanya selingan sahaja.
Tapi mungkin boleh cari kaitannya.
Pernah tak kalian main tarik tali?
Bila main tarik tali, kedua-dua pasukan
akan cuba menarik tali itu dengan sekuat-kuat yang terdaya untuk menang. Jadi,
dalam apa jua keadaannya, akan ada satu pihak yang menarik dan lagi satu akan
tertarik.
Sudah tentu, yang tertarik itu pasukan yang
lemaahhhh, yang akhirnya kalah. Padan muka. Wuahaha!
Kalau tak pernah main tarik tali sekalipun,
dunia ni sendiri adalah tarikan.
Macam-macam tarikan ada, menyebabkan kita
akan tertarik pada mana-mana yang lebih kuat daya menariknya! Huhuhu.
Kehidupan ini sama je macam main tarik
tali. Ada tali dan ada 2 pasukan yang saling menarik.
Em. Dapat tangkap tak macam mana? Inilah kehidupan sebenar dunia
ini, kalau kita tak tahu.
So kalau dah tahu, kene lah tahu macam mana, dan nak buat apa
lepas ni.
Sebab orang yang sudah tahu apa tarikan yang menyebabkan dia
tersesat dari fokusnya, mesti sudah dapat tangkap caranya untuk jauuuhhhh lari
dari tarikan itu.
Huh. Macam seorang sahabat yang semangat nak menulis tadi lah.
Dia selalu dan terlalu semangat nak menulis sebab dia tahu apa kondisi yang
menyebabkan dia boleh menulis, dan lari membawa dirinya dari tertarik pada
perkara-perkara yang membantutkan urusan penulisannya. (Ok. sekarang dah tau
apa kaitan cerite tadi. hihihihi).
Juru dakwah yang tertarik..
Baik. Aku tidak mahu berkisar sekadar pada manusia sebagai tali
yang ditarik-tarik. Maksudku, manusia biasa. Itu sudah jelas.
Tapi aku ingin olah suatu situasi yang cukup dalam dan lebih
bermakna, pada kapasitas seorang juru dakwah .
Soalan aku mudah. Dalam komponen-komponen tarik tali (tali dan 2
pasukan), dimana kedudukan dai'e?
Jenggg! Di mana yea?!
Em. Jawaban ku pada kamu, janganlah perasan
sangat!
Apa, adakah engkau ingat yang dirimu itu
malaikat? Para duat itu tetaplah sama seperti manusia juga. Tak ada bezanya
bagi mereka untuk tetap ditarik dengan macam-macam anasir yang ada.
Jangan merasai diri sudah cukup layak untuk
berada pada pasukan biru, sedangkan selangkah kaki kita
masih bertapak pada kotak merah
Huh. Rupanya daie itu ada juga tarikan
disekitarnya. Malah rasanya tarikan untuk daie itu lebih kuat, lebih dahsyat.
Bukan sekadar ditarik, tapi dicarik robek!
Syaitan kata : Daie ni orang yang
benar-benar aku nak bela. Kalau bolehlah, aku nak tangkap, sembelih, lapah
diorang nih. Salut dengan serbuk goreng KFC, then goreng. Makan rangup-rangup.
Wuahahaha! Sedaaaappp. Sambil tunjuk isyarat bagus, lidah panjang jilat bibir.
Wahai juru dakwah, jangan engkau katakan
tidak! Ini benar. Tarikan kamu sama ada pada iman, niat, ummah dan kesedaran,
mahupun tarikan pada syaitan, futur, atau penyakit wahan (al Wahnu- Cintakan
dunia, bencikan mati).
Da'ie tidak pernah lari dari tarikan lagha,
malaaaaasssss, asyik berangannnn jeee dan berlengah-lengah nak belajar sesuatu
yang dia tidak tahu. Berlenggang kangkung je memanjang. Huhuhuhu.
Jangan merasakan diri itu sudah sebenarnya
selamat dan terpelihara. Silap hari bulan, boleh masuk semula ke dalam lubang
jahiliyah yang tidak disangka-sangka.
Jadi perlu ada masanya untuk kita duduk dan
beriman sesaat. Maksudnya, muhasabah!
Ijlis bina nu'min saa'ah! (Marilah
kita duduk untuk beriman sesaat) - HR Bukhari.
Bila kita duduk, kita cuba menilai diri.
Telitilah sejauh mana iman dan koreksi diri. Sedalam mana kefahaman dan
betulkah himmah yang dibina selama ini.
Em. Kedua-dua tarikan ini sentiasa ada.
Setiap masa. Saban ketika.
Kalau kita terkeluar dari pasukan Haq,
tiada tempat lagi untuk kita berdiri, melainkan jatuh ke dalam gegelung
syaitan.
0 komentar:
Post a Comment