Bukan mudah memikul bebanan da'wah.
Sekadar meletihkan urat sendi dan otot-otot yang bergerak sana-sini, tapi
hakikatnya yang pasti da'wah itu sendiri merupakan permainan hati.
Perlukan hati yang kuat, tsabat dan ikhlas. Itu
bekalan asasi untuk terus melangkah di atas jalan ini.
Ya, siapa lagi tidak celik dengan Syeikh Mustafa Masyur dalam Fiqh ad-Da'wah penulisannya?
Disebut dan diulang-ulang hakikat bebanan
yang sama terhadap kader-kader da'wah yang berjuang di atas jalan ini.
Nah, itulah da'wah pada teori belaka. Bahkan
kita lantas menghafal segenap ciri dan sifat toriqud da'wah ini, apatah lagi
berhujah pada daurah-daurah dan bermacam pengisian seakan-akan kita penulisnya!
Tapi pada praktiknya, kitalah yang pertama
menjadi lemah dan sugul di kala bencana bebanan da'wah itu kembali menampari
kita.
Itu pada erti kata yang sebenarnya.
Pada teorinya mudah, tapi hakikat keaslian
jalan da'wah ini hanya dapat benar-benar dirasai pada ujian yang Allah ta'ala
kirimkan kepada setiap kader da'wah yang berjuang.
Fitnah, itulah ujian yang Allah ta'ala
selitkan dalam perjuangan panjang ini....
Jalan da'wah tidak ditaburi dengan
bunga-bunga, tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang. Kerana
sesungguhnya antara yang haq dan batil ada pertentangan yang nyata. Ia
memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan
kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera
tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang
berterusan dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakiNya... - Syeikh MM
Rasulullah s.a.w bukanlah sekadar ditampari
hebat ujian-ujian dari Allah untuk luaran dirinya. Mungkin pandangan berat kita
pada kuatnya hati Nabi s.a.w dilemparkan najis oleh Aqabah ketika sujud baginda
atau tajamnya duri-duri kayu dari Ummu Jamil seperi laknat binasa dalam surah
al-Masad itu...
Bahkan lebih jauh, Rasulullah diuji dengan
tamparan fitnah yang terus menusuk ke dalam hatinya.
Terdetik rasa pilu yang teramat.
Fitnah yang kini menjadi gelombang
kehidupan, tidak pernah sunyi menemani jalan ini.
Fitnah yang dilemparkan pada ruh-ruh dengan
aspirasi menghidupkan ummah, dengan seribu macam tohmahan dan kutukan.
Benarlah, disebalik ia, fitnah itu hanya akan menguatkan
barisan. Hanya akan mengukuhkan, mengutuhkan kefahaman kita pada
jalan juang ini.
Jesteru dengan ujian fitnah ini, kita yang
perlu menguatkan keimanan, meningkatkan taqarrub ilallah, memperbanyak sujud,
qiamulail, shaum, tilawah al-Quran dan zikir serta perbanyakkan istighfar dalam
menghadapi gelombang permusuhan itu.
Ingatlah ikhwan, kita yang perlu lebih menguatkan keimanan kita,
ibadah kita, dan meninggalkan setiap maksiat dan dosa.
Jika tidak, apakah beza kita dengan mereka?
Kalau sama, maka hukum Allah akan berlaku
jua, bahawa yang lebih banyak, yang lebih kuat, yang didukung kekuatan besar,
akan menjadi pemenang.
"Kalau engkau terasa pelik dan ganjil tentang azab
sengsara yang kamu tempuhi itu ketika ke jalan Allah maka percayalah itulah
jalanNya. Inilah sistem dan sunnah Allah untuk sekelian hambaNya yang beriman
denganNya, percayalah bahawa mereka yang terdahulu pernah dicakar-cakar badan
mereka dengan pencakar besi, tetapi keimanan mereka tetap tidak
berganjak...."
[Bukhari]
0 komentar:
Post a Comment